Welcome To Sabah
Sabah ialah satu daripada 13 negeri yang terdapat di Malaysia dan merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak yang terletak di utara pulau Borneo, iaitu pulau ketiga yang terbesar di dunia. Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu, yang dahulunya dikenali sebagai Jesselton. Sabah juga sering dirujuk sebagai "Negeri di Bawah Bayu" kerana kedudukan negeri tersebut yang sangat strategik di bawah laluan angin monsun.Sabah merupakan satu destinasi Indah yang mempunyai bentuk muka bumi berasaskan alam semula jadi seperti gunung-ganang, berhutan mekar dan dikelilingi Laut Sulu di bahagian timur lautnya, Laut China Selatan di bahagian pantai baratnya dan Laut Celebes di selatan.Di samping keindahan bentuk muka bumi, negeri di bawah bayu ini turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang kebanyakannya dapat mendekatkan anda dengan keindahan dan keunikan alam semulajadi.
No comments:
Post a Comment