1) Hivana

Hinava atau Hinava Ginapan merupakan salah satu hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun, Sabah dan boleh dikatakan sebagai makanan yang paling popular dalam kalangan kaum Kadazan-Dusun.
Makanan ini merupakan hidangan yang dihasilkan daripada isi ikan segar yang dicampurkan dengan biji buah bambangan yang telah diparut, cili merah, halia, bawang merah , limau kapas dan garam. Hivana biasanya merupakan hidangan istimewa semasa Tadau Kaamatan.
2)Ambuyat

Ambuyat merupakan sejenis hidangan yang berasal dari bahagian batang dalam sagu sawit. Ambuyat ialah sejenis makanan tempatan di Labuan dan negeri-negeri Borneo seperti Sarawak dan Sabah di mana makanan ini kadangkala dikenali sebagai linut.
Ambuyat dimakan dengan garpu buluh yang dipanggil candas, dengan menggolekkan kanji sekitar mata garfu dan kemudian mencelupkannya ke dalam sos.
3)Barobbo

Borobbo ini merupakan satu makanan tradisional masyarakat atau suku kaum Bugis di Sabah terutamanya di daerah Sandakan dan Tawau. Barobbo adalah masakan bubur nasi jagung. Biasanya barobbo di masak bersama jagung pulut. Namun pada masa kini ia banyak di masak dengan menggunakan jagung manis.
Barobbo biasanya di masak apabila sesebuah keluarga itu berkumpul beramai-ramai seperti sewaktu cuti di hujung minggu dan ia lebih sedap di makan ketika masih panas
4. Latok

Latok merupakan salah satu makanan tradisional yang terdapat di Sabah. Ia merupakan makanan tradisional bagi suku kaum bajau laut di Sabah. Latok merupakan sejenis makanan dari jenis rumpai laut.
Ia sangat popular di kalangan suku kaum Bajau Laut yang kebanyakkannya tinggal di persisir pantai daerah Semporna. Latok dipercayai mempunyai beberapa khasiat yang dapat memberi kebaikan kepada orang yang memakannya.
5. Kuih Jala

Kuih Jala ini merupakan makanan tradisional di Sabah. Ia sangat popular di sebelah pantai timur Sabah seperti Sandakan, Lahad Datu dan Tawau.
Kuih jala sabah dibuat dengan menggunakan perlatan atau acuan yang boleh dibeli atau dibuat sendiri dengan menggunakan kayu dan diikat dengan tin yang telah dilubangkan dibahagian bawahnya.
6) Amplang
Amplang merupakan salah salah makanan ringan yang terkenal di Sabah terutamanya di daerah Tawau dan Sandakan. Ia merupakan makanan tradisi bagi Bugis di Sabah.
Amplang merupakan keropok yang diperbuat daripada Ikan dan ikan yang biasanya digunakan untuk membuat keropok Amplang ini adalah dari jenis ikan tenggiri yang dicampurkan bersama dengan tepung kanji dan bahan-bahan lain untuk digoreng dan dijadikan keropok.
7) Pinasakan Sada
Pinasakan Sada atau Pinarasakan merupakan makanan tradisional bagi suku kaum Kadazan-Dusun dan sangat terkenal di Sabah.
Makanan ini merupakan sejenis makanan yang mengandungi ikan Basung yang telah ditumis dan dicampur dengan bahan-bahan lain seperti buah Bambangan, takob-akob, kunyit, dan garam. Pinasakan Sada juga sejenis makanan yang tahan lama dan boleh disimpan untuk beberapa hari.
8) Noonsom

Noonsom merupakan salah satu makanan tradisional suku kaum Kadazan-Dusun Sabah. Ia merupakan hidangan istimewa kaum Kadazan-Dusun.
Noonsom yang menjadi makanan tradisional kaum Kadazan-Dusun merupakan salah satu makanan yang berupa jeruk. Noonsom biasanya ada tiga jenis iaitu noonsom sada (ikan), noonsom bambangan (buah), noonsom tuhau (tumbuhan).
No comments:
Post a Comment