Saturday, 29 September 2018

Makanan Unik Yang Terdapat Di Sabah

1) Hivana 

Image result for hinava sabah food

Hinava atau Hinava Ginapan merupakan salah satu hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun, Sabah dan boleh dikatakan sebagai makanan yang paling popular dalam kalangan kaum Kadazan-Dusun.
Makanan ini merupakan hidangan yang dihasilkan daripada isi ikan segar yang dicampurkan dengan biji buah bambangan yang telah diparut, cili merah, halia, bawang merah , limau kapas dan garam. Hivana biasanya merupakan hidangan istimewa semasa Tadau Kaamatan.

2)Ambuyat

Image result for ambuyat

Ambuyat merupakan sejenis hidangan yang berasal dari bahagian batang dalam sagu sawit. Ambuyat ialah sejenis makanan tempatan di Labuan dan negeri-negeri Borneo seperti Sarawak dan Sabah di mana makanan ini kadangkala dikenali sebagai linut.
Ambuyat dimakan dengan garpu buluh yang dipanggil candas, dengan menggolekkan kanji sekitar mata garfu dan kemudian mencelupkannya ke dalam sos.

3)Barobbo

Image result for barobbo
Borobbo ini merupakan satu makanan tradisional masyarakat atau suku kaum Bugis di Sabah terutamanya di daerah Sandakan dan Tawau.  Barobbo adalah masakan bubur nasi jagung. Biasanya barobbo di masak bersama jagung pulut. Namun pada masa kini ia banyak di masak dengan menggunakan jagung manis.
Barobbo biasanya di masak apabila sesebuah keluarga itu berkumpul beramai-ramai seperti sewaktu cuti di hujung minggu dan ia lebih sedap di makan ketika masih panas

4. Latok

Related image
Latok merupakan salah satu makanan tradisional yang terdapat di Sabah. Ia merupakan makanan tradisional bagi suku kaum bajau laut di Sabah. Latok merupakan sejenis makanan dari jenis rumpai laut.
Ia sangat popular di kalangan suku kaum Bajau Laut yang kebanyakkannya tinggal di persisir pantai daerah Semporna. Latok dipercayai mempunyai beberapa khasiat yang dapat memberi kebaikan kepada orang yang memakannya.

5. Kuih Jala

Image result for kuih jala sabah
Kuih Jala ini merupakan makanan tradisional di Sabah. Ia sangat popular di sebelah pantai timur Sabah seperti Sandakan, Lahad Datu dan Tawau.
Kuih jala sabah dibuat dengan menggunakan perlatan atau acuan yang boleh dibeli atau dibuat sendiri dengan menggunakan kayu dan diikat dengan tin yang telah dilubangkan dibahagian bawahnya.

6) Amplang

Image result for amplang
Amplang merupakan salah salah makanan ringan yang terkenal di Sabah terutamanya di daerah Tawau dan Sandakan. Ia merupakan makanan tradisi bagi Bugis di Sabah.
Amplang merupakan keropok yang diperbuat daripada Ikan dan ikan yang biasanya digunakan untuk membuat keropok Amplang ini adalah dari jenis ikan tenggiri yang dicampurkan bersama dengan tepung kanji dan bahan-bahan lain untuk digoreng dan dijadikan keropok.

7) Pinasakan Sada

Related image
Pinasakan Sada atau Pinarasakan merupakan makanan tradisional bagi suku kaum Kadazan-Dusun dan sangat terkenal di Sabah.
Makanan ini merupakan sejenis makanan yang mengandungi ikan Basung yang telah ditumis dan dicampur dengan bahan-bahan lain seperti buah Bambangan, takob-akob, kunyit, dan garam. Pinasakan Sada juga sejenis makanan yang tahan lama dan boleh disimpan untuk beberapa hari.

8) Noonsom

Noonsom merupakan salah satu makanan tradisional suku kaum Kadazan-Dusun Sabah. Ia merupakan hidangan istimewa kaum Kadazan-Dusun.
Noonsom yang menjadi makanan tradisional kaum Kadazan-Dusun merupakan salah satu makanan yang berupa jeruk. Noonsom biasanya ada tiga jenis iaitu noonsom sada (ikan), noonsom bambangan (buah), noonsom tuhau (tumbuhan).

Tempat Tarikan Di Sabah

1)Monsopiad Cultural Village 
Monsopiad Cultural Village Sabah
Sabah juga merupakan sebuah negeri yang mempunyai kisah cerita lagenda tersendiri . Walaubagaimanapun , monsopiad menjadi salah satu kisah lagenda yang dijadikan bualan masyarakat di Sabah . Pada suatu ketika dahulu, terdapat sekumpulan lanun datang dan cuba merompak daripada kawasan perkampungan suku kaum Monsopiad, bertindak dengan pantas, ketua kampung suku kaum itu menangkap dan membunuh lanun-lanun itu, kepala mereka dijadikan hiasan pada pagar di sekeliling kampung untuk menakutkan lanun yang lain. Kini, anda dapat melihat tengkorak-tengkorak ini digantung pada siling rumah panjang di kampung warisan Monsopiad.
Di samping tengkorak sebagai antara tarikan paling top di sini, anda juga dapat melihat kehidupan sebenar masyarakat Monsopiad, seperti makanan tradisional mereka, kepercayaan, tarian dan pakaian mereka. Lagi satu, jangan lepaskan peluang untuk mencuba meniup sumpit yang menjadi senjata utama masyarakat ini dalam menyerang musuh. Mungkin anda pahlawan yang mereka cari selama ini.
Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00am – 5.00pm)
Harga: Dewasa MyKad: RM45, Biasa: RM55 | Kanak-kanak (7 – 12 Tahun) MyKad: RM25, Biasa: RM25
Alamat: Kampung Kuai Kandazon, Penampang, 89507 Kota Kinabalu, Sabah
2)Kota Kinabalu Wetland Centre
Kota Kinabalu Wetland Centre
Kota Kinabalu Wetland Centre ini merupakan Hutan paya bakau yang mempunyai keluasan 24 hektar .Paya bakau ini juga  kaya dengan pelbagai jenis flora dan fauna yang dapat menarik para pelancong untuk berkunjung ke kawasan ini  . Antara haiwan yang terdapat di sini adalah seperti ketam bakau, penyu dan biawak.
Di Kota Kinabalu Wetland Centre ini disediakan ruang jalan kaki yang diperbuat daripada papan mempunyai kepanjangan 1.5 km. Dapat memberi kemudahan kepada pelancong yang  membuatkan hutan ini dapat diterokai oleh para pelancong dengan selamat. Selain itu, untuk pengetahuan anda, lokasi ini juga terkenal bagi mereka yang pencinta alam , di sini terdapat lebih kurang 80 spesis burung yang berterbangan bebas di sekeliling hutan, sesuailah dengan nama asalnya sebelum ditukar kepada Wetland Centre iaitu Kota Kinabalu City Bird Sanctuary.
Harga: Dewasa MyKad: RM5, Biasa: RM15 | Kanak-kanak (7 Tahun & Keatas) MyKad: RM3, Biasa: RM10 | Kanak-kanak (6 Tahun & Kebawah) Percuma
Alamat: Jalan Bukit Bendera Upper, Taman Likas, 88400 Kota Kinabalu, Sabah

3)Tambunan Rafflesia Reserve

Image result for bunga raflesia
Debgab hanya1 jam brerjalanan dari Kota Kinabalu, anda akan sampai ke Tambunan Rafflesia Reserve yang menawarkan aktiviti jungle trekking untuk mencari bunga rafflesia. Bunga Rafflesia adalah  merupakan bunga yang paling unik, paling pelik dan paling besar di dunia ini. Bunga ini mengeluarkan bau yang busuk sebaik sahaja mendekatunya oleh sesiapa pun mahu pun pelancong yang berlunjung ke negeri sabah ini.
 Nak tahu kenapa ia bunga tapi busuk? Bunga Rafflesia ini mengeluarkan bau busuk untuk menarik perhatian lalat dan serangga untuk menuju ke arahnya dan terus menjadikan haiwan tersebut makananya. Itulah kisahnya mengapa bunga ini pelik. Walau bagaimanapun, bunga ini hanya berkembang beberapa hari sahaja.
Waktu Operasi: 8.00am – 3.00pm
Harga: RM5
Alamat: Tambunan Raflesia Reserve, 500, 89650 Tambunan, Sabah

4)Desa Cattle Dairy Farm

Desa Cattle Dairy Farm
Desa Cattle Dairy Farm ini juga terkenal di sabah dan  digelar sebagai New Zealand Kecil di negeri Sabah, oleh  kerana panorama sekelilingnya yang kelihatan seperti di negara orang Maori itu. Pemandangan ladang lembu ini sangat cantik dan indah dipandang mata dengan kehijauan rumputnya yang seluas pandangan mata. Bukan itu sahaja, bukit-bukau di sekeliling ladang ini juga menjadikan pemandangan 100 kali lebih memukau sesiapa sahaja yang datang.Selain itu , Desa Cattle Dairy Farm ini juga menghasilkan produk berasaskan tenusu hasil daripada susu segar lembu ternakan tersebut.
Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00am – 5.00pm)
Harga: Dewasa MyKad: RM5 | Kanak-kanak MyKad: RM4
Alamat: Desa Cattle Dairy Farm, 89308 Kundasang, Sabah

6)Sepilok Orang Utan Centre

Sepilok Orang Utan Centre
Orang utan merupakan salah satu daripada haiwan yang banyak terdapat di Sabah. Kalau anda berkunjung ke Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre, anda dan keluarga dapat melihat pelbagai spises orang utan. Walau bagaimanapun, untuk tujuan keselamatan, pelawat hanya boleh berjalan di atas ruang jalan yang disediakan dan tidak dibenarkan untuk mendekati haiwan-haiwan ini. 
Waktu Operasi: Setiap Hari (8.45am – 4.00pm)
Harga: Dewasa MyKad: RM5, Biasa: RM30 | Kanak-kanak (17 Tahun & Kebawah) MyKad: RM2, Biasa: RM15 | Kamera: RM10
Alamat: Sabah Wildlife Department, W.D.T. 200, Sandakan, Jalan Sepilok, Sepilok, 90000 Sandakan, Sabah

 7)Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary

Probosis-Monkey Sanctuary Labuk Bay
Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary ini terletak di dalam hutan bakau Semawang. Di sini anda sekeluarga dapat melihat monyet belanda yang lain daripada monyet lain dari segi saiz hidungnya yang agak panjang dan perutnya yang besar dan kepala dengan bulu yang agak kemerahan.
Haiwan yang memiliki fizikal yang unik ini sangat menarik untuk dilihat di depan mata sendiri. Selain daripada monyet belanda, anda dapat juga melihat hidupan liar yang lain seperti tupai terbang dan kunang-kunang. Sehari memang tak cukup untuk melihat segala yang ditawarkan di sini, anda boleh menginap di chalet untuk menerokai kawasan ini sepuas hati sebelum ke tempat lain.
Harga: Dewasa MyKad: RM15, Biasa: RM60 | Kanak-kanak (Bawah 12 Tahun) MyKad: RM5, Biasa: RM30
Alamat: Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary, Off Jalan Labuk, 90000 Sandakan, Sabah.

8)Gomantong Cave

Gomantong Cave

Kawasan di sekeliling Gua Gomantong dan di gua ini sendiri dipelihara dengan baik untuk memelihara  hidupan liar hidup dalam habitat mereka tanpa sebarang masalah dan ancaman. Dalam perjalanan ke gua ini anda dapat menikmati suasana penuh ketenangan di dalam hutan .
Setibanya di gua itu nanti, anda perlu bersedia dengan bau najis kelawar yang agak menusuk hidung, dan bagi anda yang membawa keluarga terutama kanak-kanak, perlu tabahkan diri melihat agak banyak lipas yang ada di sini. Agak mencabar, tapi memberikan satu pengalaman yang menarik untuk disimpan di dalam memori.
Harga: Dewasa MyKad: RM5, Biasa: RM30 | Kanak-kanak (Bawah 18 Tahun) MyKad: RM2, Biasa: RM15
Alamat: Gomantong Caves, 90000 Kinabatangan, Sabah

 9)Bornean Sun Bear Conservation Centre

Borneo Sun Bear Conservation Centre
Kalau anda menyangka beruang hanya berada di kawasan yang sejuk seperti di antartika dan lain-lain, ternyata anda salah, kerana di Bornean Sun Bear Conservation Centre terdapat  beruang matahari yang juga merupakan antara spesis beruang yang paling kecil di dunia.
Antara kemudahan yang disediakan di pusat ini adalah dek pemerhatian, pusat pelawat dan ruang jalan berpapan. Selain itu, untuk pengetahuan anda, terdapat lebih daripada 40 ekor beruang matahari yang dapat dilihat di sini. Jangan lepaskan peluang untuk melihat haiwan-haiwan comel ini pada waktu mereka aktif iaitu dari pukul 9.30am ke 3.00pm.
Harga: Dewasa MyKad: RM15, Biasa: RM30 | 12 – 17 Tahun MyKad: RM2, Biasa: RM5 | Bawah 12 Tahun Percuma
Alamat: Bornean Sun Bear Conservation Centre, PPM 219, Elopura, 90000 Sandakan, Sabah

10)Marine Museum

Marine Museum Sabah
Marine Museum Sabah dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti ruangan atrium yang dapat memberikan pengalaman seperti anda berada di dasar lautan, muzium yang memaparkan flora fauna di dalam laut dan akhir sekali adalah laluan paya bakau.
Anda juga dapat melihat pertunjukan video tentang hidupan laut pada setiap Sabtu, 9.00am hingga 12.30pm dan seterusnya pula pada pukul 2.00pm hingga 4.00pm. Untuk melihat haiwan-haiwan laut yang penuh warna-warni ini diberi makan adalah pada setiap pukul 3.30pm hingga 4.00pm. Akuarium yang terletak di Universiti Malaysia Sabah ini dikatakan antara yang terbaik yang berada di Kepulauan Borneo.
Waktu Operasi: Isnin – Khamis, Sabtu (9.00am – 12.30pm, 2.00pm – 4.00pm) | Jumaat (9.00am – 11.30am, 2.00pm – 4.00pm) | Ahad & Cuti Umum (Tutup)
Harga: Dewasa MyKad: RM10, Biasa: RM20 | Kanak-kanak, Pelajar (4 -17 Tahun) & Warga Emas MyKad: RM5, Biasa: RM10 | Kamera MyKad: RM5, Biasa: RM10
Alamat: Universiti Malaysia Sabah Borneo Marine Research Institute, Jalan UMS, Sabah, 88400 Kota Kinabalu

Welcome To Sabah



Sabah ialah satu daripada 13 negeri yang terdapat di Malaysia dan merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak yang terletak di utara pulau Borneo, iaitu pulau ketiga yang terbesar di dunia. Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu, yang dahulunya dikenali sebagai Jesselton. Sabah juga sering dirujuk sebagai "Negeri di Bawah Bayu" kerana kedudukan negeri tersebut yang sangat strategik di bawah laluan angin monsun.Sabah merupakan satu destinasi Indah yang mempunyai bentuk muka bumi berasaskan alam semula jadi seperti gunung-ganang, berhutan mekar dan dikelilingi Laut Sulu di bahagian timur lautnya, Laut China Selatan di bahagian pantai baratnya dan Laut Celebes di selatan.Di samping keindahan bentuk muka bumi, negeri di bawah bayu ini turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang kebanyakannya dapat mendekatkan anda dengan keindahan dan keunikan alam semulajadi.